Polis Sarawak rampas ecstacy bernilai RM1.99 juta

KUCHING -- Polis Sarawak merampas serbuk Estacy bernilai RM1.99 juta susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan di Miri pada hari Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis Khas di sebuah pangsapuri di Jalan Bulatan Park, Miri.
Beliau berkata dalam serbuan itu, dadah seberat 39.8kg itu merupakan rampasan tertinggi direkodkan di negeri ini semenjak 2021.
Suspek kini sedang ditahan reman sehingga 23 Januari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Suspek ditahan sekitar jam 5.45 petang dalam satu serbuan yang dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Sarawak.
Turut dirampas adalah peralatan pembungkusan seperti tong plastik, besen, penapis, corong, penimbang, pengedap dan paket induk jus.
“Semakan latar belakang mendapati suspek mempunyai dua rekod kes jenayah dadah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu rekod jenayah di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.

Pihak polis percaya dadah tersebut diperoleh daripada rakan suspek dan kemudiannya dibungkus dalam peket jus untuk diedarkan kepada pengguna di sekitar Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
LihatTutupKomentar