Kayu balak tanpa cop JH bernilai RM1.9 juta dirampas

 

Gambar PDRM Mukah

MUKAH -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu bertindak merampas 390 batang kayu balak tanpa cop Jabatan Hutan (JH) yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta di kawasan Batu 45 Sungai Kua Jalan Sibu-Selangau sekitar jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, hasil maklumat serta risikan, sepasukan anggota dari Batalion 10 PGA Sibu menjalankan serbuan serta pemeriksaan ke atas kawasan pinggir hutan di kawasan berkenaan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan sejumlah longgokan kayu balak yang tidak mempunyai cop Jabatan Hutan (JH) selain disyaki menjalankan aktiviti pembalakan tanpa permit sah," ujarnya.

Turut ditahan katanya seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang merupakan pekerja di kawasan pembalakan haram terbabit.

Turut dirampas jelas Muhamad 390 batang kayu balak termasuk dua buah jentolak, tiga buah jengkaut, sebuah trak da dua buah lori yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta.

Tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hutan Wilayah Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.





LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.