Kemelut air di Belawai belum selesai

TANJUNG MANIS-- Beberapa kampung dan kawasan komersial sekitar Belawai didapati menghadapi masalah bekalan air bersih.

Berdasarkan kajian penggunaan bekalan air bersih untuk seluruh kawasan Belawai yang dijalankan tahun ini oleh Helmie Ekni dari Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Tanjung Manis melalui Google Form melibatkan 137 responden iaitu kategori pengguna domestik (134) dan komersial (3).

Menurut kajian itu, 97.1 peratus responden mendapatkan air secara pam elektrik, manakala dua responden langsung dari paip tanpa menggunakan pam dan 2 responden tidak menikmati bekalan air.

"Kajian Penggunaan Bekalan Air Bersih Untuk Seluruh Kawasan Kampung Belawai 2023 dijanakan secara atas talian melalui aplikasi Google Form pada 16 Januari 2023 jam 9.30 malam dan ditamatkan pada 19 Januari 2023 jam 1:00 petang.

"Rasional kajian ini dilaksanakan untuk memberikan bayangan jelas melalui input berangka (digit) agar pihak-pihak yang berkaitan terhadap masalah gangguan bekalan air di Kampung Belawai ini dapat mengenal pasti lokasi yang kerap berlaku gangguan, masalah teknikal yang berlaku di sesetengah kawasan dan sebagainya melalui paparan carta yang dijana langsung melalui Google Form.

"Bersandarkan kepada input-input hasil kajian akan memberi peluang memurnikan jalan penyelesaian yang efisyen kepada masalah gangguan bekalan air bersih untuk seluruh kawasan kampung-kampung dalam Mukim Belawai," katanya.

Jelasnya, satu sampel kajian mengandungi 10 soalan, seorang responden mewakili sebuah kediaman atau premis. 

Semua penduduk tempatan dan pemastautin yang bekerja di Kampung Belawai Kampung Tepi Laut Belawai, Kampung Muhibbah Tepi Laut Belawai, Kampung Padang Lama Belawai, Kampung Hilir Belawai, Kampung Hulu Belawai, Kampung Asam Jawa Belawi, Kampung Masjid Baru Belawai, Kampung Lot Baru Fasa 1 Belawai, Kampung Lot Baru Fasa 2, Kampung Lot Baru Fasa 2&3, Kampung Pasar Cina Belawai, Berek & Kuaters Klinik Kesihatan Belawai, Flat Kediaman Kompleks Lembagai Kemajuan Ikan Malaysia Belawai, Flat Perikanan Belawai, Berek & Kuaters Pejabat Daerah, Kuaters SESCO, Berek, Kuaters & Flat kakitangan SK Abang Gesa Belawai, Kuaters Kakitangan LKIM, Kuaters & Berek kediaman di Kampung Lot Baru Fasa 3, A&N Desa Beach Resort Belawai dan Iftitah Restaurant & Resort Belawai.


Berdasarkan kajian itu juga, jangkamasa air paip tanpa menggunakan pam elektrik mendapati 86 responden mengatakan tiada air kecuali selepas jam 11 malam.

Sementara 49 respondan mengatakan sepanjang hari air kecil (perlahan) manakala hanya dua respondan mengatakan sepanjang hari air kuat. 

Selain itu, 81 responden mengatakan setiap hari mereka menghadapi masalah gangguan bekalan air manakala 23 respondan mengalami setiap minggu, 16 respondan mengalaminya sebulan lebih dua kali, 13 respondan sebulan sekali, dan empat responden mengalami masalah air seminggu tiga kali.

Meskipun mengalami masalah gangguan bekalan air, penduduk masih terpaksa membayar bil air.

Mengikut statistik kajian ini, 89 responden terpaksa membayar bil air mereka RM50 ke bawah sebulan, manakala 25 responden membayar RM100 ke bawah bil air mereka, 18 respondan RM10 ke bawah dan lima responden RM500 ke bawah.

Sehubungan itu, rata-rata responden mahu pihak bertanggungjawab berkaitan segera mengambil langkah dan tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.


Pautan kajian shorturl.at/EIR79

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.