8 jenis barang diletak di bawah SHMMP Tahun Baharu Cina 2023 di Sarawak



KUCHING-- Lapan jenis barangan diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 di Sarawak, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Matthew Dominic Barin.


Jelasnya, SHMMP TBC 2023 berkuatkuasa dari 15 hingga 29 Januari 2023 bagi tempoh 15 hari iaitu 7 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 7 hari selepas perayaan.



"Lapan barangan diletakkah di bawah SHMMP TBC 2023 adalah ikan bawal putih (berat antara 200gram hingga 400gram seekor); udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram); bawang putih (China); ubi Kentang Import (China); kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing); babi hidup (Kawalan diperingkat ladang sahaja); daging babi (perut); dan daging babi (daging dan lemak)," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan walkabout bagi menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan oleh peniaga di Boulevard Hypermarket di sini hari ini.



Hadir sama Ketua Pegawai Penguat Kuasa, KPDN Sarawak Peter J. Berinus Agang dan 10 pegawai Penguat Kuasa.


Jelasnya, pemeriksaan itu untuk memastikan pematuhan oleh peniaga dalam menangani kenaikan harga serta menstabilkan harga barangan keperluan di samping memastikan keberadaan bekalan di pasaran.



Manakala harga kawalan bagi ayam dan telur pula katanya, telah diwartakan melalui Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur yang telah berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022.



Dalam pada itu, Matthew memberitahu sebanyak 4,953  premis perniagaan telah diperiksa.


Daripada jumlah itu jelasnya, 68 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM9,200 dan nilai sitaan berjumlah RM197,034.69 sejak 1 Januari 2023 di seluruh Negeri Sarawak telah direkodkan.



Manakala semasa SHMMP TBC 2023 berkuatkuasa, katanya tiada kes melibatkan pelanggaran oleh peniaga.


"Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011," ujarnya.

Next Post Previous Post