Lelaki maut langgar pokok di Sibu


SIBU -- Seorang lelaki terbunuh apabila kereta dinaikinya melanggar pokok di Jalan Wawasan Sibu awal pagi tadi. Bomba menerima panggilan kecemasan jam 2 pagi tadi bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa tersepit dalam sebuah kereta Perodua MyVi yang melanggar sebatang pokok. Bomba menggunakan Rescue Tools untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Mayat lelaki berusia 42 tahun itu diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.