6 lelaki diberkas terlibat dadah di Astana Lot



KUCHING-- Enam lelaki diberkas kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Kampung Astana Lot di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(BSJND) Kuching melakukan serbuan pada jam 1.50 pagi.




"Hasil pemeriksaan telah merampas lapan paket plastik lutsinar warna biru masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 13.40 gram, tiga strip aluminium foil berwarna merah/perak masing-masing berisi 10 biji pil jenis eramin 5 anggaran berat 2.50 gram.

"Turut ditemui ialah enam paket lutsinar masing-masing mengandungi tumbuhan kering disyaki dadah ganja anggaran berat 40.30 gram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,suspek juga didapati positif amphetamine dan methapetamine, anggaran kesemua rampasan dadah bernilai RM3,505.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 1(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Next Post Previous Post