74 individu ditangkap, 61 syarikat disiasat dalam 'Op Hire' SPRM

KUCHING--Seramai 74 individu telah ditangkap dan 61 buah syarikat turut disiasat dalam 'Ops Hire' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras ketirisan dan penyelewengan dana awam yang dilancarkan tahun lalu.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, dalam kes itu, suspek-suspek dikesan telah mengambil kesempatan atas syarat-syarat longgar yang ditetapkan oleh kerajaan dengan mengemukakan permohonan mendapatkan dana PENJANA menggunakan dokumen-dokumen yang mengandungimaklumat pekerja dan program latihan yang palsu kepada PERKESO.
Menurutnya, hasil siasatan mengesahkan bahawa individu-individu yang didakwa sebagai kakitangan kepada syarikat suspek adalah tidak dapat dibuktikan dan program latihan juga tidak dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana tuntutan.


"Siasatan mendapati jumlah yang terlibat dengan jenayah ini adalah sebanyak RM87,980,757.29. Sehingga 19 Januari tahun ini seramai 27 individu telah didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka di bawah kesalahan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana nilai keseluruhan tuntutan palsu adalahRM4,927,440.
"Wang hasil daripada aktiviti jenayah ini berjumlah RM 3 juta juga telah berjaya dilucuthakkan kepada kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,ramai lagi suspek dijangka akan didakwa dalam masa terdekat selepas siasatan ke atas mereka diselesaikan.

"Walaupun ramai suspek telah didakwa, siasatan ke atas isu ini akan tidak berakhir di sini sahaja. Siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu-individu atau syarikat-syarikatyang disyaki terlibat melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan dana Kerajaan di bawah program PENJANA.
"SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat dalam isu ini.

Di samping itu juga, sektor pencegahan melalui fungsi pemeriksaan dan perundingan jugaakan menumpukan kepada penelitian amalan, sistem dan tatacara agensi-agensi awam terutamanya yang terlibat dengan pengurusan dana atau geran Kerajaan bagi menutupruang dan peluang berlakunya jenayah," ujarnya.
Beliau berkata,siasatan yang melibatkan kolaborasi strategik antara SPRM bersama PERKESO telah digerakkan sejak Julai 2022 dan dilaksanakan di beberapa buah negeridi Semenanjung Malaysia.
"Fokus siasatan adalah terhadap syarikat-syarikat yang disyaki melakukan jenayah rasuah, pemalsuan dokumen dan penipuan bagi mendapatkan danakerajaan di bawah program PENJANA melalui PERKESO.
"Jumlah peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan untuk program PENJANA ini adalahRM3.5 bilion dalam tiga peringkat iaitu: PENJANA KERJAYA 1.0 (1 Jun 2020 – 20Disember 2020), PENJANA KERJAYA 2.0 (21 Disember 2020 – 30 Jun 2021), dan PENJANA KERJAYA 3.0 (fasa pemulihan) iaitu dari 15 Jun 2021 sehingga 31 Disember 2023.
"Objektif pemberian dana ini oleh kerajaan adalah untuk merangsang ekonomi semasa tempoh pendemik Covid-19 melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan Pekerja," jelasnya.
Next Post Previous Post