Perikatan Nasional langgar GPS di Sarawak

Perikatan Nasional meletakkan empat calon di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15, Perikatan Nasional langgar GPS di Sarawak
Datuk Ali Biju

KUALA LUMPUR— Perikatan Nasional (PN) meletakkan empat calon di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengerusi gabungan tersebut Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin berkata, calon tersebut akan mewakili PN bagi kerusi Bintulu, Saratok, Lubok Antu dan Batang Lupar.


Daripada empat calon tersebut, dua ialah penyandang yang akan mempertahan kerusi yang dimenangi pada 2018.


Mereka ialah Datuk Ali Biju yang akan mempertahan kerusi Parlimen Saratok dan Jugah Muyang pula akan mempertahan kerusi Lubok Antu.


Jugah Muyang


“Ali Biju mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Jugah Muyang pula bertanding sebagai calon Bebas,” katanya dipetik FMT semalam.


Ali menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Subeng Mula di Parlimen Saratok dengan mendapat majoriti 989 undi.


Manakala Jugah pula menang dengan majoriti 1,059 undi dalam persaingan tiga penjuru dengan Robert Pasang Alam (BN) dan Nicholas Bawin Anggat (PKR) di Parlimen Lubok Antu.


Seorang lagi calon BERSATU, Duke Janteng menjadi taruhan PN di Parlimen Bintulu, manakala seorang lagi calon dari PAS bakal berentap di Parlimen Batang Lupar.


Duke Janteng


Nama calon tersebut bakal diumumkan kemudian.


Ali Biju dalam kenyataan selepas pengumuman Muhyiddin berkata, beliau menghargai kepercayaan yang diberikan untuk menggunakan logo PN untuk bertanding pada PRU15.


“Keputusan Presiden untuk meletakkan saya di sebagai calon PN di Saratok bukan satu isu,” katanya.


Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12), Ali menarik diri dari bertanding bagi kerusi DUN N.39 Krian dan menyokong calon PDP dari GPS berkempen.


“Seperti yang sedia maklum, PN merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang bekerjasama dengan GPS. 


PN dan GPS juga merupakan parti seperjuangan untuk kerajaan persekutuan buat masa sekarang. Selaku Timbalan Menteri Persekutuan, saya merasa amat bertuah dapat berkhidmat untuk rakyat bersama rakan-rakan GPS yang lain.


PN dan GPS juga merupakan parti seperjuangan untuk kerajaan persekutuan buat masa sekarang,” kata Timbalan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli itu.


Ali bakal berdepan tentangan dari GPS untuk merampas kerusi yang dimenangi atas tiket PKR pada 2018.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.