Long Bemang, dua kampung di Limbang dilanda banjir kilat


MARUDI— Beberapa kawasan di utara Sarawak dinaiki air dan dilanda banjir kilat sejak awal pagi tadi.


Di Long Bemang, Baram, kampung yang mempunyai 530 penduduk dari 103 pintu rumah terjejas selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter sejak 6 pagi tadi.


"Banjir masih belum surut dan status terkini di lokasi banjir paras air menaik dan terdapat banyak kediaman yang terjejas.


"PBS Long Bemang sentiasa memantau banjir dan menasihati penduduk agar berada di kawasan tinggi," kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan.


 Bomba menggerakkan empat anggota  Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan pada 7.25 pagi.


"Jarak ke loasi mengambil masa antara lima hingga enam jam menggunakan jalan darat dan laluan jalan balak,” katanya.


Di Jalan Merutup dan Kampung Merasam di Limbang, banjir kilat dilaporkan berlaku pada 2.25 pagi tadi.


Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 2.25 pagi.


"Terdapat mangsa terperangkap kerana jalan terputus disebabkan banjir  kilat di kawasan jalan menuju Kampung Merutup dan sukar dilalui oleh kenderaan ringan. 


Anggota Bomba telah melakukan pemantauan dilokasi untuk memberi bantuan namun keadaan jalan menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat menuju ke lokasi.


“Mangsa yang terperangkap dinasihatkan agar menunggu banjir surut sekiranya ingin melalui jalan keluar dari kampung. 

Next Post Previous Post