Lewat tiba, OKU penglihatan gagal hantar borang pencalonan

Habib Borguiba (kiri) membuat rayuan kepada Pegawai Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa Firdzaus Said selepas permohonan ditolak kerana lewat tiba di PPC Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki. Gambar kredit Harian Metro | ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR—Hasrat orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Habib Bourguiba Abd Hamid, untuk bertanding di kerusi Parlimen Titiwangsa tidak kesampaian setelah gagal menghantar borang pencalonan kerana lewat tiba di pusat penamaan calon.


Berbaju putih dan bertongkat, Habib Borguiba, 53, dari Kampung Datuk Keramat di sini tiba di pusat penamaan calon (PPC) bagi Parlimen Titiwangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki pada 10.02 pagi, dua minit selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi, lapor Bernama.


Berbaju putih dan bertongkat, Habib Borguiba, 53, tiba di PPC Parlimen Titiwangsa pada 10.02 pagi, dua minit selepas proses penamaan calon ditutup pada 10 pagi.


Saya keluar dari rumah kira-kira pukul 8.50 pagi tetapi tidak dapat tiba tepat pada masanya berikutan keadaan lalu lintas dan penutupan jalan di kawasan tersebut dan tiba kira-kira 9.50 pagi.


"Ketika berjalan menghampiri pintu pagar, pegawai pengurus PPC mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan sudah ditutup, dan pengumuman pencalonan ditutup dan saya tidak dibenarkan masuk," katanya kepada media ketika ditemui di pintu pagar SMK Aminuddin Baki itu hari ini.


Pegawai Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa Firdzaus Said yang keluar untuk menemuinya di luar pagar PPC itu berkata Habib Borguiba tidak dibenarkan masuk selepas pihaknya mengumumkan waktu penerimaan kertas penamaan calon sudah tamat.


Menurutnya, semua calon mempunyai masa yang mencukupi dari 9 hingga 10 pagi untuk mengemukakan pencalonan.


“Ini soal undang-undang dan akan ada akibat yang serius jika saya melanggarnya. Saya telah membuat pengumuman untuk penutupan pencalonan dan ini adalah peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.


Sesi penamaan calon Parlimen Titiwangsa yang ditutup pada pukul 10 pagi,  menyaksikan persaingan empat penjuru di kerusi berkenaan melibatkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili  Barisan Nasional (BN), Khalid Abdul Samad Pakatan Harapan (PH), Dr Rosni Adam dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang).

Next Post Previous Post