Tiga penjuru di Puncak Borneo, Aspirasi tarik diri saat akhir

Pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Tiga penjuru di Puncak Borneo, Asprasi tarik diri saat akhir
Calon-calon di kerusi Puncak Borneo (dua dari kiri) Iana, Willie dan Diog.

PADAWAN— Kerusi Puncak Borneo menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas calon Parti Aspirasi George Young Si Record menarik diri di saat akhir.


Tiga calon yang bertanding ialah penyandang kerusi Willie Mongin mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan akan ditentang Diog Dios dari Pakatan Harapan (PH-PKR) dan Iana Akam dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).


Calon awal PSB Tomson Ango memberi laluan kepada Iana Akam juga pada saat akhir.


George yang sebelum ini diumumkan oleh presiden Aspirasi Lina Soo sebagai calon parti, menarik diri atas alasan tidak bersetuju PRU15 diadakan lebih awal dan semasa musim banjir.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Puncak Borneo, Ranum Bari membuat pengumuman itu selepas proses penyerahan borang pencalonan selesai di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat Daerah Siburan sekitar 12.20 tengah hari tadi.


Willie diiringi Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn sebagai pencadang dan  penyokong iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil tiba di PPC jam 8.45 pagi.


Hadir sama ADUN Serembu yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Miro Simuh dan lebih 1,000 penyokong GPS dari tiga DUN iaitu Serembu, Mambong dan Tarat.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.