Lelaki maut, pikap dipandu langgar belakang lori
KUCHING-- Seorang lelaki maut selepas pikap dipandu melanggar belakang sebuah lori yang sedang membuat penyelenggaraan jalan di Jalan Lapangan Terbang di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Yeo Nei Hing,48.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.34 tengah malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.
"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu, pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat.
"Mangsa telah mengalami kecederaan parah dan telah disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kesemua pekerja penyelengaraan jalan tiada mengalami kecederaan.
"Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan telah dijalankan dan operasi tamat pada 1.45 pagi," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.