Jalan raya diselenggara bagaikan laluan segera ke neraka?

Jalanraya Betong, Projek Pan Borneo, Penduduk Betong meminta pihak kontraktor jalan, Jalan rosak di Betong, Berita Sarawak terkini, Borneo Network

BETONG: Penduduk Betong meminta pihak kontraktor jalan yang menyelenggara jalanraya disepanjang Jalan Feeder Betong supaya menjalankan kerja dengan lebih baik dan tidak sekadar 'Melepas Batuk Ditangga'.


Keadaan jalanraya yang seakan laluan Neraka bagi kenderaan kecil termasuk mereka yang menunggang motosikal dan kenderaan bertayar kecil apabila jalan tersebut rosak teruk walaupun selepas diselenggara.



Menurut penduduk, keadaan tersebut berlaku sejak pelaksanaan projek Pan Borneo pembinaan jalanraya yang menghubung Betong ke Sri Aman bermula dari Simpang Betong melalui Jalan Lidong dan bersambung ke Bandar Betong yang dikendalikan oleh sebuah syarikat yang dilantik.


"Apa yang menyedihkan kami sebagai pengguna jalanraya yang sering berulang kebandar Betong dan melalui jalan sepanjang jalan dari Simpang Betong terpaksa meredah jalan-jalan yang bertampal, berbonggol, berlubang dan berlopak tajam.


"Meskipun sebelum ini berlaku keadaan yang sama tapi syarikat yang dilantik Jabatan KerjaRaya bertindak pantas menyelenggara dengan lebih elok 


"Kami merasakan pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melaksanakan tugas membuat sambil lewa demi keselamatan pengguna.


"Siapa tak sayang kenderaan, setiap kali melalui kawasan tersebut memang Pengguna jalanraya akan mengelak daripada  terlanggar bonggolan dan parit jalan yang boleh memecahkan tayar motosikal atau kereta jika salah laluan,"kata mereka.


Memetik kenyataan dalam ruangan Facebook baru-baru ini dengan pelbagai komen yang diberikan pengguna terus menerima kecaman. 


"Hari ini jalan masuk ke Betong , tidak jauh daripada rumah panjang Remabong sedang dibaiki oleh pihak kontraktor.


"Ini adalah berikutan aduan/posting di SRB mengenai jalan yang rosak berlubang dan mengakibatkan beberapa kereta yang mengalami pecah tayar.


"Diharapkan pihak kontraktor yang di pertanggungjawabkan dalam pembinaan jalan baru Betong itu sentiasa memantau keadaan dan menitikberatkan keselamatan sepanjang jalan tersebut dan jangan tunggu sehingga jalan berlubang besar," katanya dalam kenyataan tersebut.


Dalam pada itu, rungutan demi rungutan, caci maki dan kecaman masyarakat seakan  tidak diendahkan oleh pihak kontraktor terbabit.


Kerja-kerja Cuma Menampal Sahaja (CMS) itu berlaku jika ada kecaman penduduk melalui media sosial.


"Itupun kerja dijalankan cuma tampal saja. Bila kita lalu atas tampalan itu, kereta kita seperti melalui bonggolan. Seminggu kemudian pasti jalan tersebut seperti koyak dan tajam yang amat bahaya kalau tidak berhati-hati melintasi kawasan tersebut.


Apa yang menghairankan, adakah mereka yang menyelenggara jalan tersebut tidak menggunakan jalan yang sama? Adakah mereka selesa dengan keadaan jalan tersebut? Timbul banyak persoalan yang terus menjadi persoalan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.