Notification

×

Iklan

Iklan

ITSWC buka mata, cetus idea kata Fadillah

| September 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-22T07:12:54Z

KUCHING-- Persidangan Dunia Sistem Pengangkutan Pintar atau "Intelligent Transport System (ITS) World Congress" (ITSWC) Ke-28 membuka mata dan mencetus pelbagai idea, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. 


Beliau menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, banyak perkara yang dibincangkan pada persidangan itu membuka mata dan memberi idea kepada pembuat dasar daripada Kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta pemain-pemain industri utama dunia dalam merangka dasar dan strategi pelaksanaan untuk disesuaikan dengan negara masing-masing. 



"Saya turut mengadakan perbincangan ringkas bersama delegasi Malaysia sebentar tadi untuk kita adakan perbincangan susulan di Malaysia bagaimana Malaysia akan mengadaptasi inisiatif tersebut untuk dilaksanakan di negara kita, Insya Allah," katanya. 


Pada hari ketiga persidangan itu hari ini dimulakan dengan Sesi Plenari bertajuk" Transportation Decarbonization, Equity and Technology - How ITS Advances a Sustainable and Socially Just Future"  dengan pembentangan Kertas Kerja oleh Toks Omishakin, Setiausaha Agensi Pengangkutan Negeri (CalSTA).



Persidangan itu diteruskan dengan forum perbincangan bersama lima panelis pakar berkenaan topik pada hari ini iaitu Mr Everett Lott, Director District Department of Transportation; Ms Margaret Anderson Kelliher, Director of Public City Works City of Minnepolis ; Ms Sur Wilbin, Executive Director Emerging Technologis Transport for NSW; Mr Gzim Ocakoglu, First Counselor on Mobility and Transport Delegation of the European Union to the U.S.


Sementara itu, pada hari kedua persidangan tersebut semalam, Fadillah berkata, beliau menghadiri ITSWC "High Level Policy Roundtable" bersama delegasi-delegasi terkemuka dunia dalam merangka dasar dan pelaksanaan sistem pengangkutan pintar (ITS). 



"Sesi eksklusif selama 3 jam ini turut disusuli sesi Breakout Assignment di mana saya telah di tempatkan bersama delegasi utama bagi membincangkan tajuk Demand Management / Mode Shift," jelasnya. 


Katanya, ITSWC di Los Angeles kali ini dihadiri kira-kira 2500 delegasi dari 63 negara di seluruh dunia. 



Kongres Dunia mengenai Sistem Pengangkutan Pintar 2022 berlangsung mulai 18 hingga 25 September.


Pada hari pertama persidangan itu, Fadillah turut diundang mengunjungi reruai pameran syarikat TransCore yang telah membangunkan satu kaedah penyelesaian pengangkutan yang inovatif untuk pelanggan di seluruh dunia. 



Syarikat berkenaan adalah pakar dalam Sistem Pengurusan Trafik dan Sistem Kutipan Tol Elektronik yang telah mereka bentuk dan menggunakan sistem pengurusan trafik melibatkan 30,000 persimpangan trafik di seluruh dunia. 


"Saya juga berkesempatan mengunjungi reruai pameran sistem pengangkutan pintar ITS Korea, diberikan penerangan berkenaan aplikasi teknologi terkini dalam pembangunan sistem pengangkutan pintar oleh ITS Taiwan. 



"Saya turut berpeluang singgah ke ITS Indonesia yang kini sedang merancang untuk membangunkan Hab ITS di Ibu Kota Baru Nusantara. 


"Indonesia juga bakal menganjurkan Forum Asia Pasifik ITS untuk 2024," ujarnya. 

×
Berita Terbaru Update