-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Pemandu lori maut tersepit di bucket lori 10 tan

| September 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-22T07:16:56Z

KUCHING-- Seorang pemandu lori maut akibat tersepit di bahagian 'bucket' lori 10 tan di Kota Padawan, Batu 10 Jalan Penrissen, pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chin Hung Joon, 38, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian belakang badan. 


Jelasnya, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.21 pagi oleh abang mangsa yang memberitahu adiknya tersepit di bahagian lori dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 


"Tempat kejadian adalah di kawasan kompaun rumah mangsa dan tempat lori diletakkan selepas digunakan untuk kerja pada hari sebelumnya. 


"Semasa sampai di tempat kejadian pada jam 8.00 pagi sepasukan polis telah membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan mendapati tiada unsur jenayah," katanya dalam kenyataan hari. 


Kata Abang Zainal, siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati mangsa telah tersepit di bahagian bawah bucket trak. 


Menurut isteri mangsa, beliau memberitahu setiap kali subuh, mangsa akan membuat pemeriksaan ke atas lori sebelum digunakan untuk dibawa bekerja.  


"Keterangan saudara mangsa pula menyatakan bahawa mangsa dipercayai tersentuh kabel hidraulik semasa membuat pemeriksaan menyebabkan bucket lori berkenaan turun menghempapnya. 


"Safety chock bucket lori tersebut juga tidak dipasang ketika mangsa membuat pemeriksaan," jelasnya. 


Mengulas lanjut, tegas Abang Zainal, tiada sebarang unsur kesan pergelutan dilihat di lokasi.


"Mangsa kemudiannya telah dibawa ke rumah mayat Hospital umum Sarawak untuk tindakan seterusnya. 


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. 

×
Berita Terbaru Update