Dua Lori Tanker Berlanggar Akibatkan Tumpahan Minyak Yang Serius

Gambar BBP Kidurong

BINTULU: Dua nyaris maut selepas dua buah lori tanker yang sarat muatan minyak sawit dan habuk bergeser lalu berlanggar di Jalan Tanjung Kidurong awal pagi tadi.


Jurucakap Pasukan Charlie Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dalam kenyataannya hari ini berkata, seramai sembilan anggotanya dengan menggunakan jentera Scania dan FRT Scania bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 7.15 pagi.


Gambar BBP Kidurong


"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku perlanggaran antara dua lori tanker iaitu lori sarat dengan muatan minyak sawit telah melanggar sebuah lagi lori sarat dengan muatan habuk kayu," ujar beliau.


Perlanggaran ini katanya turut mengakibatkan berlaku kebocoran pada salah sebuah lori yang sarat dengan muatan minyak sawit menyebabkannya tumpah ke atas jalan raya.


Gambar BBP Kidurong


Pasukan bomba kemudiannya menasihatkan kedua-dua belah pihak agar membersihkan tumpahan minyak yang berlaku itu bagi keselamatan semua pihak yang menggunakan laluan berkenaan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Setelah keadaan didapati terkawal dan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik semula ke balai pada jam 8.30 pagi.




Next Post Previous Post