Notification

×

Iklan

Iklan

Bot karam di Mukah: 8 mangsa selamat, 2 lemas, seorang masih hilang

| September 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-22T11:38:35Z

BINTULU-- Seramai 10 mangsa bot karam di perairan Mukah malam tadi  telah dijumpai dengan lapan mangsa ditemukan hidup, dua lemas manakala seorang lagi masih gagal dikesan sehingga jam 5 petang ini.


Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah mengetuai Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) ke atas sebuah bot yang membawa 11 penumpang termasuk tekong dan pemancing telah karam di perairan Mukah  jam lebih kurang 8.30 malam tadi di kedudukan lebih kurang 34 batu nautika dari barat laut Mukah.



Menurutnya,pada jam 8.40 pagi, empat mangsa yang hilang selamat dijumpai oleh bot nelayan di dalam kawasan sektor pencarian. 


"Dipercayai, mangsa ditolak oleh arus sehingga ke pesisir pantai. 


"Pada jam 10.30 pagi, satu mayat dijumpai oleh bot pemancing HIMAJAYA. MT CAPELLA yang membawa dua mangsa yang selamat semalam tiba di Terminal Senari, pada jam 11.12 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,pada jam 11.20 pagi, dua mangsa selamat dijumpai oleh bot pemancing HIMAJAYA dan yang terakhir pada jam 12.30 tengah hari, satu mayat dijumpai oleh bot Pasukan Polis Marin. 


Mangsa-mangsa yang selamat adalah, Wong Chiang Hie (pemancing), Lingsan bin Spawi (kru), Anuar bin Spawi (kru), lewis Yung Koh Ing (pemancing), Chieng Hock Hung (pemancing), Wang Ting Ping (pemancing), Chong Fei Foo (pemancing) dan Lee Sie Soon (pemancing). Mangsa yang meninggal adalah Sabli bin Jun (tekong) dan Wong Siaw Tiang (pemancing). 



Mangsa yang masih gagal dijumpai adalah Wong Ikkong (pemancing). 


Beliau berkata,semua mangsa adalah lelaki dan warga tempatan.



"Kesemua mangsa yang dijumpai telah dibawa ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut dan tindakan lanjut.


"Pada ketika ini, aset yang terlibat melakukan pencarian adalah PENGAWAL 21 dan PENGAWAL 22 daripada Maritim Malaysia, PA 49 daripada PPM, PL 603 daripada JPLS dan CESSNA CARAVAN daripada PGU serta unit udara BOMBARDIER CL415 daripada Maritim Malaysia," ujarnya.



Katanya,Sarawak  Shell  pula telah menyediakan platform untuk membantu aset yang melakukan pencarian di laut.


"Keluasan sektor pencarian pada hari pertama adalah 78.40 batu persegi. Cuaca di lokasi kejadian pada hari ini ombak dianggarkan 1.0 hingga 1.5 meter manakala angin bertiup dari Tenggara berkalajuan 20 hingga 30 kilometer per jam," jelasnya.

×
Berita Terbaru Update