Notification

×

Iklan

Iklan

2 lagi individu ditahan berhubung kes tuntutan palsu lebih RM27 juta

| September 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-22T10:21:02Z

PUTRAJAYA— Dua lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM27 juta bagi program latihan berkaitan teknologi digital.


Menurut sumber, bekas pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan pemilik syarikat berkaitan digital berusia 50-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.


Sumber berkata kedua-dua lelaki itu kini direman selama dua hari sehingga esok selepas perintah reman terhadap mereka dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Semalam, lima individu ditahan reman selama tiga hari sehingga esok oleh SPRM bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah agensi kerajaan bagi program latihan berkaitan teknologi digital sedangkan latihan berkenaan tidak dilaksanakan.


Kes berkenaan dipercayai melibatkan dua buah syarikat yang telah dibayar tuntutan masing-masing berjumlah lebih RM19 juta dan lebih RM7 juta bagi menjalankan program latihan dari 2016 hingga 2020.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update