Mayat mangsa lemas di Muara Payang ditemukan petang ini

Mayat Aziz Yusuf mangsa lemas di Muara Payang ditemukan, Lelaki lemas selepas terjun mengambil perahu terlepas tali diikat pada tiang di Muara Payang

SARIKEI-- Mayat Aziz Yusuf,42, mangsa lemas selepas terjun cuba mengambil perahu terlepas tali diikat pada tiang di Muara Payang, Bintangor, di sini, Selasa lalu dijumpai petang ini.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Aziz Zaidi berkata, mayat mangsa dijumpai oleh pihak Kastam serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam sekitar radius 1.5 kilometer di mana mangsa telah jatuh.



"Mayat mangsa masih dalam keadaan sempurna dijumpai pada jam 5.30 petang.


"Pihak APM telah membawa naik  mangsa untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, dengan penemuan mayat mangsa itu operasi Ops SAR hari kedua telah ditamatkan pada jam 6 petang ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.