Serbuan dadah, dua lelaki patah pinggang dan kaki terjun bangunan

Anggota bomba membantu mangsa yang cedera selepas terjun bangunan semasa serbuan dadah di Tudan hari ini.

MIRI—Dua lelaki warga asing cedera pada kaki dan pinggang selepas terjun dari tingkat satu sebuah bangunan kedai di Tudan, tengah hari tadi.


Dalam kejadian itu, dua lelaki tersebut berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai mahu melarikan diri semasa serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri yang membuat serbuan di kawasan itu.


Menurut pemangku Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Ahmad Nizam Sapaiee, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 1.43 petang tadi bagi membantu melakukan bantuan khidmat khas dan mengangkat kedua-dua lelaki tersebut ke dalam ambulans.


Ujarnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng telah dikerahkan ke lokasi.


Operasi tamat pada jam 2.40 petang.

Next Post Previous Post