Madu atau gula?

Lambakan madu yang tidak diketahui ketulenan dijual secara meluas


KUCHING— Lambakan madu tiruan di Indonesia dilaporkan kian berleluasa.

Berdasarkan kajian Dr Muhammad Sahlan, pakar madu dan pengkaji produk lebah madu di Laboratorium Rekayasa Industri Bio Proses, Departemen Teknik Kimia Fakultas Teknik Unversitas Indonesia, kegiatan menghasilkan madu tiruan di negara itu kini sukar dibendung.

“Lambakan madu tiruan di Indonesia sudah meningkat dan masalah ini bertambah serius kerana permintaan terus meningkat,” dedahnya seperti dilapor portal berita Kompas.

Kajian beliau mendapati, terdapat tiga jenis madu tiruan yang berlambak di pasaran ketika ini.

“Madu tiruan yang pertama diperbuat daripada bahan-bahan sedia ada seperti gula, tepung soda dan putih telur; madu asli campuran bahan lain untuk menambah kuantiti dan madu lebah yang dicampur dengan gula.

Ketiga-tiga madu tiruan ini dibezakan oleh kandungan dan campuran yang digunakan. Ia sudah banyak dijual di pasaran Indonesia dan tanpa kita sedari ia digunakan meluas,” katanya.

Beliau menambah, bahan sirap ini lazimnya digunakan penternak lebah untuk membolehkan lebah dapat hidup ketika tiada bunga.

Apa lagi permintaan madu sarang (madu yang masih di dalam sarang) yang terus meningkat," tambahnya.

Sebelum ini katanya, isu madu tiruan sering dbahaskan dan menjadi isu global berikutan permintaan dan penawaran yang tinggi di pasaran.

“Isu madu tiruan ini pernah menjadi topik utama semasa acara Apimondia di Montreal, Kanada beberapa tahun lalu yang saya sendiri turut hadiri,” kata Muhammad.

Katanya, penggunaan madu tiruan tidak memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan manusia kerana ia menggunakan bahan makanan seperti gula.

“Pengambilan madu tiruan ini tidak memberi khasiat yang sepatutnya. Justeru pengguna dinasihatkan hanya membeli madu yang terbukti asli daripada pembekal yang sah," katanya.

Sementara itu kajian di Malaysia tahun lepas mendapati, hampir 80 peratus madu di negara ini didakwa terdiri daripada madu tiruan yang dihasilkan di negara ini selain diimport.

Tinjauan Borneo Network mendapati, produk didakwa madu asli ini dijual secara terbuka dengan harga RM20 untuk kira-kira 650ml sebotol.

Sudah sampai masanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyiasat produk gula diisytihar madu yang dibawa masuk ke negeri ini dari negara jiran.

Tambahan pula, sukar untuk membendung kemasukan madu tiruan ini ke Sarawak apa lagi di kawasan sempadan seperti Serikin yang terkenal dengan lokasi beli-belah.
Next Post Previous Post