Notification

×

Iklan

Iklan

Kekurangan bekalan telur resahkan pengusaha kek lapis Sarawak

| Jun 05, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-06-05T10:52:14Z
Kekurangan bekalan telur selain harga yang mahal menjejaskan pengusaha kek lapis Sarawak

MIRI— Masalah bekalan telur tidak mencukupi selain harga yang mencanak sejak Mac lalu meresahkan pengusaha kek lapis Sarawak di sini.


Beberapa pengusaha kek lapis yang ditemui di sini memberitahu, mereka tertekan untuk meneruskan perniagaan kerana sukar mendapatkan bekalan selain harga yang tidak terkawal.


Juliana Abu Bakar.


Seorang pengusaha kek lapis Sarawak, Juliana Abu Bakar, berkata kekurangan bekalan telur memberi masalah besar kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan itu.


“Hendak mencari 100 papan telur seminggu sangatlah susah berbanding sebelum ini antara 250 hingga 300 papan seminggu.


Harga pula tidak terkawal dan semakin naik,” luahnya kepada Borneo Network.


Roslina Tapah  


Turut meluahkan keresahan yang sama  ialah Roslina Tapah, pengusaha kek lapis dari Limbang.


 "Harga telur pada awal tahun ini di antara RM11.90 kini telah melonjak sehingga RM15.00 untuk saiz A dan sehingga RM22 sepapan di bahagian luar bandar atau Limbang dan Lawas. 


Kos pengeluaran tidak dapat dikawal dan mengurangkan keuntungan peniaga",ujarnya.


Suriani Yaacob


Sementara itu, seorang lagi pengusaha kek lapis Suriani Yaacob mencadangkan agar insentif pengeluaran diberikan kepada ladang telur ayam selain mengawal harga siling pada kadar yang munasabah bagi menangani isu ini.


“Jika ada telur yang dieksport, pengeluaran untuk tujuan eksport hendaklah dihentikan segera. 


Penggunaan domestik hendaklah diutamakan berbanding pasaran eksport, sama seperti langkah pembekuan eksport ayam mentah ke Singapore dilaksanakan,” katanya.


Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) perlu juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) di peringkat kerajaan persekutuan dan Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) di peringkat kerajaan negeri dalam menggalakkan pengeluaran termasuk menggalakkan output pengeluaran bahan makanan ayam.


Pada masa ini, pendapatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kian berkurangan berikutan kenaikan harga bahan mentah dan kenaikan gaji.


Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan atau impaknya tidak dapat dikurangkan, ia merupakan satu kegagalan buat kerajaan memerintah.

×
Berita Terbaru Update