Harga vaksin COVID-19 di klinik swasta tertakluk kepada harga siling

Gambar kredit Unsplash

KUALA LUMPUR— Merujuk kepada laporan akhbar bertajuk Govt not controlling process of COVID-19 vaccines at private hospitals pada 31 Mei 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberikan penjelasan berhubung harga vaksin COVID-19 di pasaran swasta.


Harga vaksin COVID-19 dalam pasaran swasta adalah tertakluk kepada harga siling yang telah ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dan pengamal perubatan swasta perlu mematuhi harga siling ini.


Merujuk kepada Perintah P.U.(A)10/2022 bertarikh 15 Januari 2022 dan pindaan pada 20 Mei 2022, harga yang ditetapkan bagi dua (2) produk vaksin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan boleh dipasarkan di dalam pasaran swasta adalah seperti berikut:


Katanya, kedua-dua produk berkenaan adalah CoronaVac Suspension for Injection SARCoV2 Vaccine (Verocell) dan COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell) dengan harga maksimum per dos bagi pembelian secara borong adalah RM62, sementara bagi jualan runcit, RM77.


KKM ingin menjelaskan juga bahawa harga runcit maksimum yang ditetapkan seperti dalam jadual di atas adalah TIDAK TERMASUK kos pengendalian perkhidmatan vaksinasi.


Kos vaksinasi di pasaran swasta turut merangkumi caj-caj yang berikut dan ditetapkan sendiri oleh pengamal perubatan dan hospital swasta yang terlibat:


·  Fi Konsultasi dalam Jadual Ketujuh di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

·  Caj Perkhidmatan;

·  Caj Barangan Pakai Buang (Consumables) yang digunakan ketika mengendalikan suntikan vaksin COVID-19.


Oleh itu, kos akhir yang perlu dibayar oleh pengguna adalah merangkumi kos vaksin COVID-19 iaitu harga runcit maksimum yang ditetapkan, Fi konsultasi dan kos pengendalian perkhidmatan vaksinasi iaitu Caj Perkhidmatan dan Caj Barangan Pakai Buang.


--BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.