Penghantaran TKI tertunda kerana masalah visa, dokumen

Gambar hiasan

JAKARTA— Penundaan penghantaran 148 tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk sektor perladangan Malaysia pada Selasa lalu berpunca masalah visa dan dokumen tidak lengkap.


Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Ramdhani berkata TKI memerlukan visa kerja sebagai satu daripada syarat ke negara penempatan tetapi visa dimiliki mereka bukan visa kerja.


Orientasi pra-pemberangkatan (OPP) juga belum dilaksanakan kerana dokumen belum memenuhi syarat perundangan, katanya sebagaimana dilaporkan Antara.


OPP adalah aktiviti memberikan maklumat kepada calon tenaga kerja yang akan mula bekerja ke luar negara agar mempunyai persiapan mental, pengetahuan mengenai hak dan kewajipannya.


Semasa taklimat media, Benny turut menjelaskan 23 orang dari 148 tenaga kerja itu juga masih belum memenuhi syarat atau masih memerlukan dokumen lain untuk mengikuti OPP.


Bagaimanapun 125 orang yang memenuhi syarat akan menjalani OPP hari ini hasil koordinasi dengan Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia.


“Selepas OPP bolehkah mereka berlepas? Bukan bidang kuasa BP2MI tetapi Imigresen Indonesia,” kata Benny.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.