-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Sarawak mengorak langkah ke hadapan, kukuhkan hak negeri

| Mei 22, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-22T07:35:38Z
Hak Sarawak meliputi di dalam perut bumi atau di ruang udaranya yang harus dijaga — Abang Jo. Gambar ihsan Sarawakku

KUCHING—Kanun Tanah Negeri (KTN) dipinda bagi 'menghapuskan' keraguan mengenai hak ruang lingkup udara negeri ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Tegasnya, hak Sarawak meliputi di dalam perut bumi atau di ruang udaranya yang harus dijaga.


Namun, katanya, KTN tidak begitu jelas dalam memperincikan kuasa negeri khususnya bagi 'airspace' Sarawak.


Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N7 Samariang di sebuah hotel di Kuching malam tadi. Gambar ihsan Sarawakku


"Oleh itu, KTN telah dipinda pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Selasa lalu supaya tiada keraguan mengenai hak ruang lingkup udara negeri ini," jelas beliau.


Abang Johari berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N7 Samariang di sebuah hotel di sini malam tadi.


Dalam pada itu, Abang Johari turut memperjelaskan hak Sarawak di bawah paras bumi sebagai langkah ke hadapan untuk menyesuaikan Sarawak dengan teknologi ke arah mengurangkan gas rumah hijau, terutamanya 'Carbon Capture & Storage' atau penyimpanan dan penyerapan karbon (CCS).


Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N7 Samariang di sebuah hotel di Kuching malam tadi. Gambar ihsan Sarawakku


Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, walaupun CCS adalah sesuatu yang baharu, perkembangan teknologi boleh mempermudahkan penyimpanan gas karbon dioksida sebagai bahan sampingan industri untuk disimpan dalam bentuk geologi di dalam perut bumi.


“Sarawak mempunyai geologi yang sesuai untuk tujuan penyimpanan gas karbon dioksida dan ini berpotensi memberi pulangan hasil kepada negeri ini,” katanya. 


Beliau berkata Kerajaan GPS juga akan mengambil langkah jangka panjang demi generasi akan datang dengan menggubal undang-undang bagi melabur lebihan hasil negeri ini melalui penubuhan dana berdaulat.


Sekitar Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N7 Samariang di sebuah hotel di Kuching malam tadi. Gambar ihsan Sarawakku


Bagi menubuhkan dana tersebut beliau berkata, ordinan berkaitan akan dibentangkan pada sesi persidangan DUN akan dibuat pada November akan datang.


Baru-baru ini Premier Sarawak telah berkunjung ke Norway untuk mendapat gambaran bagaimana dana seumpama itu diurus di Norway yang mempunyai nilai terkumpul sebanyak USD1.4 trilion sejak ditubuhkan pada 1996. 


Hadir sama pada majlis itu, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN Satok Dato Ibrahim Baki dan ADUN Tanjung Datu Azizul Pehin Sri Adenan.

×
Berita Terbaru Update