-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Peningkatan kadar kemalangan membimbangkan, Lee

| Mei 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-28T08:56:17Z

Lee memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal semasa pelancaran kempen kesedaran keselamatan jalan raya peringkat negeri di Bahagian Miri pagi tadi.


MIRI—Peningkatan kes kemalangan jalan raya di Sarawak pada Januari hingga April tahun ini membimbangkan jika dibandingkan tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata, jumlah kemalangan maut bagi tempoh yang sama meningkat dari 78 kes ke 100 kes iaitu pertambahan 22 peratus.


“Manakala kematian dari 91 orang kepada 106 orang pertambahan 15 peratus, cedera parah dari 60 orang kepada 72 orang pertambahan 12 peratus.


Ini merupakan satu statistik angka yang kita tidak mahu lihat dan ini bukanlah satu contoh yang kita inginkan," katanya semasa melancarkan kempen kesedaran keselamatan jalan raya peringkat negeri di Bahagian Miri pagi tadi.


Sehubungan itu katanya, Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak akan mengaktifkan semula 'Traffic Game' secara berperingkat di negeri ini kepada golongan remaja bagi menyalurkan ilmu pengetahuan dan kesedaran keselamatan jalan raya.


Usaha ini juga dilihat dapat memupuk kesedaran pada usia muda tentang pentingnya kesedaran keselamatan jalan raya.


“Kita akan meraikan perayaan Gawai Dayak dan hari cuti umum yang panjang tidak lama lagi. 


Sudah tentunya akan melibatkan tradisi balik kampung atau balik rumah panjang, ziarah menziarahi yang secara langsung menyebabkan penggunaan dan bilangan kenderaan atas jalan raya akan meningkat secara drastik," jelasnya.


Justeru, Lee menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa memandu sehingga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.


Tegasnya, Ops Selamat yang diadakan setiap kali musim perayaan akan diteruskan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan bersama.

×
Berita Terbaru Update