Notification

×

Iklan

Iklan

Kampung Mission Baru Lawas bakal lenyap susulan hakisan tanah

| Mei 24, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-24T07:55:12Z


Penduduk merayu agar agensi berkaitan membantu menyelamatkan Kampung Mission Baru Lawas yang diancam hakisan tanah. Gambar kredit Rining Peter

LAWAS— Kampung  Mission  Baru  Lawas dekat sini bakal ‘lenyap’ berikutan keadaan hakisan tanah yang semakin menghampiri kediaman penduduk.


Kebimbangan itu semakin menebal susulan  hujan lebat yang berlaku baru-baru ini.


Keadaan ini menyebabkan penduduk tidak lena tidur bimbang kediaman hanyut dibawa arus terutama ketika malam hari.



Malah  beberapa bahagian kampung termasuk rumah penduduk dan gereja  semakin menghampiri kawasan tebing sungai.


Seorang pengguna laman sosial Rining Peter memberitahu penduduk kampung merayu tindakan agensi berkaitan untuk membantu  menyelesaikan situasi yang mengancam keselamatan mereka.


“ Sangat berbahaya untuk kanak-kanak,” kongsinya dalam laman sosial Facebook.


Beberapa dekad dulu penduduk kampung itu pernah kehilangan beberapa ekar tanah, gereja, rumah dan padang bola yang ditelan sungai akibat masalah hakisan tanah tersebut.


Mimpi ngeri itu boleh berulang jika tiada tindakan segera dilakukan.


Sebelum ini Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga ADUN Bukit Sari dipetik sebagai berkata  terdapat usaha membina tembok penahan di Kampung Baru Mission tetapi kedua-dua projek itu gagal.


“Dua projek tembok penahan tersebut gagal kerana arus deras membawa kepada hakisan serius.


Beberapa bulan lalu, semasa Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) mengadakan taklimat di Lawas, saya meminta mereka meneliti langkah yang sesuai bagi  mengurangkan hakisan bertambah teruk,” katanya.


Awang Tengah berkata, beliau juga meletakkan sebagai keutamaan projek pembesaran kampung untuk Kampung  Mission Baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).


"Tapak itu yang dikenal pasti lebih jauh dari jalan, tetapi dalam lokaliti yang sama," katanya.

×
Berita Terbaru Update