Tidak perlu bimbang cacar monyet, beri perhatian sewajarnya tentang denggi

Dr Koh Kar Chai, cacar monyet Malaysia

Dr Koh Kar Chai

KUCHING—Cacar monyet bukan satu kebimbangan yang perlu diberi perhatian di Malaysia, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).


Presidennya, Dr Koh Kar Chai menegaskan, apa yang perlu diberi perhatian adalah demam denggi yang amat membimbangkan. 


Jelasnya lagi, meskipun cacar monyet dikesan menular di luar kawasan endemiknya di benua Afrika adalah perkara yang membimbangkan, namun pada masa ini orang ramai tidak perlu mengkhuatiri perkara itu. 


"Terdapat perbincangan tentang mendapatkan vaksinasi cacar air sebelum melakukan perjalanan untuk mengelakkan cacar monyet.  


"Bagaimanapun, saya tidak mengetahui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa vaksin cacar air akan memberikan perlindungan daripada cacar monyet," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Tambah Dr Koh, tetapi terdapat bukti yang menunjukkan bahawa vaksin cacar memberikan tahap perlindungan.


"Namun, vaksin ini sukar diperolehi kerana cacar telah diisytiharkan sebagai telah dibasmi," ujarnya. 


Justeru, katanya mereka yang telah diberi vaksin cacar telah menerimanya sejak dahulu lagi dan kemungkinan imuniti yang diberikan oleh vaksin itu akan berkurangan. 


Namun, katanya, pandangan beliau itu perlu diperbetulkan jika salah. 


"Terdapat vaksin cacar monyet yang telah didaftarkan tetapi masih belum mudah untuk diperolehi," jelasnya. 


Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk lebih peka tentang ancaman yang lebih besar yang masih meragut nyawa, iaitu denggi.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.