Tebingan Kuching kini disenaraikan di bawah antara lokasi kes positif dilaporkan


KUCHING: Tebingan Kuching kini tersenarai antara 14 lokasi di daerah ini lokasi kes positif COVID-19 dilaporkan bagi data sehingga 27 Februari 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Tebingan Kuching merupakan lokasi yang pernah didatangi kes positif COVID-19 bagi tarikh 24 Februari 2022 dari jam 8.30 malam himgga 9.30 malam.

Selain Tebingan Kuching, 13 lagi lokasi lain Geep Beauty Hair Salon, Lepapa Matang, Syn Hin Yung Cafe, Khan Sahabat Cafe, Tempayan Restaurant, Royale Vape Saradise, Tux and Suit, Sweet Family Enterprise, Emart Batu Kawa, Choo Choo Chicken Kuching Song Plaza, Eco-Mall Petra Jaya, Watsons Tabuan Jaya dan Alpro Pharmacy Premier 101. 


Pada masa sama JPBNS memaklumkan Sarawak merekodkan 475 kes baharu COVID-19 hari ini dengan daerah Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 181 kes.

Berikutan penambahan jumlah kes itu, Sarawak kini merekodkan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 259,370.

Mengulas lanjut, jawatankuasa itu menjelaskan, 248 kes baharu yang direkodkan hari ini adalah Kategori 1 (tiada gejala), 224 lagi Kategori 2 (gejala ringan), manakala satu kes masing-masing merupakan Kategori 3 (jangkitan paru-paru), Kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan Kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Tambahnya, selain Kuching, Miri merekodkan 105 kes, diikuti Sibu (86), Bintulu (20), Kapit (16), Limbang (10), Samarahan (9), Sarikei dan Kanowit (masing-masing 7), Lawas (6), Serian (5), Song (4), Lundu (3), Mukah, Bau, Subis, dua kes masing-masing di Saratok dan Meradong.

Sementara satu kes masing-masing direkodkan di Pakan, Julau, Matu, Dalat, Telang Usan dan Belaga.

Selain itu, JPBNS memaklumkan tiada kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini dan tiada kluster baharu menjadikan jumlah kluster yang aktif kekal tiga setakat ini.

JPBNS turut berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 15 notis kompaun kerana gagal mengimbas Kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

"Kesemua notis kompaun itu dikeluarkan di daerah Kuching," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.