Lori APM tenggelam semasa bantu mangsa banjir

Screenshot credit Ustaz Maliaman Kassim


HULU TERENGGANU—Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Maliaman Kassim hari ini  berdepan detik cemas apabila lori yang dinaiki ketika misi bantuan dihanyutkan arus deras berhampiran Sungai Kampung Lebak dekat sini.

 

Insiden pada 2.15 petang itu meyebabkan semua bahan makanan seperti beras dan sardin serta pakaian untuk mangsa banjir di sekitar Hulu Berang tidak dapat diselamatkan.



"Saya bersama dengan 13 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu ingin menghantar barangan keperluan kepada mangsa banjir namun nasib tidak menyebelahi kami kerana lori yang dinaiki dibawa arus deras. 

 

"Ini adalah pengalaman yang sangat mendebarkan bagi saya, kami menunggu hampir 15 minit untuk diselamatkan menggunakan bot APM," katanya ketika dihubungi Bernama.

 


Justeru, beliau memohon maaf kerana tidak dapat menghantar barangan yang telah disediakan kepada mangsa banjir dan akan berusaha menyegerakan bantuan kepada mereka secepat mungkin.

 

Terdahulu, sekumpulan wartawan dan jurugambar termasuk daripada Bernama sepatutnya menaiki lori sama yang bertolak dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini namun ia dibatalkan pada saat akhir.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.