KPDNHEP Limbang redah sungai, laluan balak pantau POS di pedalaman


LIMBANG—Jarak perjalanan jauh dengan keadaan geografi dan akses yang sukar tidak menghalang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melakukan penguatkuasaan dan pemantauan di setiap 90 'point of sales' (POS) luar bandar daerah ini sejak 12 tahun lalu.

Matlamat mereka demi membantu penduduk luar bandar dan pedalaman dapat membeli barangan keperluan asas yang tersenarai pada harga yang sama dijual di bandar di kedai runcit atau POS luar bandar disini.


Ketua KPDNHEP Bahagian Limbang Pulnama Tarah berkata sebanyak 90 POS ditubuhkan disetiap kawasan pedalaman di daerah Limbang sejak dilaksanakan sejak 2009 bagi membantu masyarakat luar bandar mampu membeli tujuh barangan asas pada harga yang rendah.

Ia melibatkan beras, gula, tepung, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan minyak diesel yang sebelum itu dijual pada harga mahal ekoran masalah kos pengangkutan agak tinggi.


Untuk itu katanya khidmat pengedaran dibuat oleh transporter atau pengangkut yang dilantik dan membeli bekalan dari pembekal di bandar sebelum dihantar kepada
POS.

Pihak POS di kawasan pengedaran itu tambah beliau, seterusnya menjual barangan tersebut kepada penduduk sekitar pada harga dikawal, sekali gus meringankan beban masyarakat.


Meskipun di luar bandar katanya aspek pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan anggotanya termasuk Pegawai Pemantau Harga (PPH) di 90 POS yang ada.

“Hampir keseluruhan kawasan pedalaman di Limbang ditubuhkan POS sejak dilancarkan pada 2009, untuk membantu masyarakat luar bandar mendapatkan barang kawalan mengikut harga ditetapkan,”ujarnya kepada Borneo Network hari ini.


Katanya antara pengalaman mencabar yang dilalui pegawai dan anggotanya termasuk mengharungi laluan sungai menggunakan perahu panjang, meredah laluan balak ke perkampungan Penan dan rumah panjang sejak 12 tahun lalu.

“Meredah sungai menggunakan perahu panjang ketika memantau POS di Melaban dan Long Keneng, antara pengalaman mendebarkan buat pasukan kami.


“Manakala ada pasukan kami yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda meredah laluan balak ke Long Sebayang dan Long Napir yang mengambil masa lebih empat jam perjalanan,”ujarnya lagi.

Bagi Pegawai Pemantau Harga (PPH) Rafidah Nudin pengalaman menaiki bot pajang ke POS Melaban, POS Merambut dan Long Keneng antara detik yang sukar dilupakan.


Beliau yang bekrhidmat sebagai PPH sejak 13 tahun lalu terpaksa melupakan ‘ketakutan' menaiki bot demi mengalas tugas memantau keberkesanan POS.

“Menaiki bot ke kawasan pedalaman memang menakutkan lebih-lebih lagi saya yang tidak tahu berenang.

“Namun demi memastikan penduduk pedalaman dapat menikmati barang mengikut harga dibandar ketakutan perlu ditolak tepi, tugas paling utama,”katanya.


Jelasnya pasukannya pernah ‘bertembung’ dengan sang bedal yang senang berjemur ketika memantau POS di Kampung Merambut yang hanya boleh di akses menggunakan jalan sungai.

Menurutnya tugas Bahagian Penguat Kuasa dan PPH di KPDNHEP bukan saja dikaitkan dengan isu kenaikan harga barang, bekalan barang terkawal, malah semakin mencabar pada zaman COVID-19 ini. 


“Dalam setahun pemantauan dilakukan disemua 90 POS yang ada di daerah Limbang secara berkala sama ada laluan sungai dan dengan keadaan muka bumi yang mencabar,”

“Misi ini akan diteruskan bagi memastikan masyarakat luar bandar menikmat barang kawalan pada harga terkawal,”katanya lagi.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.