Buaya ancam keselamatan ditangkap

Seekor buaya sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap pasukan SFC di sebuah sungai berhampiran tapak projek Pet Chem di sini, hari ini.

BINTULU—Seekor buaya betina sepanjang 4.5 meter yang sering dilihat warga kerja Petronas Chemicals (Pet Chem) sejak Januari lalu berjaya ditangkap oleh pasukan Sarawak Forestry Corporation (SFC) hari ini.

SFC dalam kenyataannya berkata, tindakan pantas pihaknya telah berjaya menangkap serta menyelamatkan reptilia ganas itu dalam perangkap khas yang dipasang di tebing sungai berhampiran.


Sebelum itu, reptilia berkenaan sering dilihat warga kerja pembinaan berhampiran tebing berdekatan tapak projek.

Justeru, atas faktor keselamatan warga kerja di situ, maka SFC bertindak memasang perangkap lalu memindahkan Sang Bedal terbabit bagi memastikan kawasan sekitarnya selamat untuk orang awam khususnya warga kerja Pet Chem.


Buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak Taman Tumbina Bintulu untuk tindakan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.