PDRM Bintulu laksana Kepolisan Masyarakat

PDRM semasa mengadakan lawatan serta perjumpaan dengan orang awam dan peniaga di sekitar Bintulu. Gambar kredit Facebook PDRM Bintulu

BINTULU— Program kepolisan masyarakat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu dilihat sebagai langkah berkesan bagi mengekang penularan jenayah di sini.

IPD PDRM Bintulu menerusi Facebook berkata, program yang dijalankan melalui konsep 'Meet And Greet' ini dijalankan melalui cara mendekati masyarakat termasuk orang awam dan peniaga sekitar bandar ini.



“Ia antara lain bertujuan memperkasa pendekatan dan konsep Omnipresence melalui kehadiran pihak polis dalam usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat setempat.”

“Dalam masa sama pertemuan dengan anggota masyarakat akan membolehkan PDRM mendapatkan maklumat serta maklum balas dari orang awam berkaitan kejadian jenayah yang berlaku di sekitar mereka,” katanya.


Katanya, maklumat yang diterima membolehkan pasukan polis mengatur gerak dan memproses maklumat jenayah yang diterima sekaligus membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap laporan itu.

Selain itu, membolehkan PDRM menerangkan konsep 'Stop & Talk' dan 'Meet And Greet' sambil memberi panduan kepada masyarakat bagaimana mereka boleh menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah yang berlaku di kawasan masing-masing dari masa ke masa.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.