44 pelajar positif, pembelajaran bersemuka ditangguh
KOTA BHARU: Seramai 44 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Jalan Telipot di sini, dikesan positif COVID-19, sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kluster itu diisytihar pada Jumaat lalu, sebagai Kluster Embi Telipot.
Baru-baru ini telah tular dakwaan kes COVID-19 itu berpunca daripada seorang pelajar di mana ibu bapanya baharu pulang dari menunaikan umrah dan disahkan dijangkiti varian Omicron.
“Dakwaan itu tidak benar kerana belum ada keputusan varian Omicron bagi sampel ibu bapa pelajar berkenaan.”
"Namun, pihak kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca kes di sekolah itu,” katanya hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti 256 orang kontak rapat dan mereka sudah diarahkan menjalani kuarantin dan saringan.
Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula hari ini sehingga 25 Januari i
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.