Tragedi Selipar: Dua lemas jatuh sungai


PASIR GUDANG – Gara-gara ingin mengambil selipar yang jatuh ke dalam sungai, dua rakan lemas di Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama dekat sini.


Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang Ahad (16 Jan) itu, selipar milik Sharif Mohd. Sharizan Sabri, 11, terjatuh ke dalam sungai tersebut.


Shariff kemudian cuba mengambil selipar sebelum hampir tenggelam dan Mohd. Ahlan Kiram, 14, cuba membantunya tetapi tidak berjaya.


Seorang daripada rakan mangsa, Mohd. Azmil Jamaludin, 13, juga cuba membantu dua rakannya, tetapi tidak berjaya.


"Saya juga hampir lemas namun rakan sempat menarik kaki saya. Sebenarnya baru hari ini kami bermain bersama-sama di sungai ini kerana duduk di flat yang sama," katanya dipetik Wacana.my.

Rakan yang lain kemudian bergegas mendapatkan bantuan daripada orang awam selepas kedua-dua mangsa hilang dalam sungai.



Beliau yang bermain bersama enam lagi rakan tidak menyangka ia akan berakhir tragedi.


Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Hamdan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang insiden tersebut pada jam 6.14 petang.


Seramai 14 anggota BBP Pasir Gudang dibantu unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Skudai dikejarkan ke tempat kejadian.

Next Post Previous Post