Kes rasuah dan penipuan, Taikun Vietnam dihukum mati

Ho Chi Minh — Taikun hartanah Vietnam dijatuhi hukuman mati semalam kerana terlibat kes rasuah dianggarkan berjumlah AS12.5 bilion (RM59.34 bilion), apa yang disifatkan negara itu hukuman luar biasa dalam kes sedemikian.

Ia merupakan kes penipuan kewangan terbesar dalam sejarah negara itu menyamai tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2022 negara, lapor Vietnam Net.

Truong My Lan, 67, Pengerusi Pemaju Hartanah Van Thinh Phat Holdings Group bersama rakan sejenayahnya dituduh mengawal Bank Komersial Saham Bersama (SCB) Saigon secara haram antara 2012 dan 2022 untuk menyedut dana berjumlah AS$12.5 bilion, melalui beribu-ribu ‘syarikat hantu’.

Lan juga membayar rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan bagi menutup jejaknya.

Lan ditangkap pada Oktober 2022, dan penahananya adalah antara yang paling berprofil tinggi dalam usaha antirasuah yang berterusan di Vietnam yang mendapat momentum sejak 2022.

Penghakiman semalam berkata, jumlah kerosakan yang disebabkan oleh penipuan itu kini berjumlah AS$27 bilion (RM128.19 bilion), angka yang bersamaan enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK 2023) negara.

"Tindakan tertuduh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap kepimpinan parti Komunis dan negara,” kata pendakwa raya dalam perbicaraan di hab perniagaan selatan Ho Chi Minh City.

Nilai peruntukan asetnya yang didakwa bersamaan dengan kira-kira 3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Vietnam pada 2022, dan pendakwa raya berkata mereka merampas lebih 1,000 hartanah miliknya.

Lan telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menyalahkan orang bawahan.

Memetik VN Express, skala penipuan Lan yang didakwa telah mengejutkan, kata Linh Nguyen, penganalisis utama untuk Risiko Kawalan perundingan. 

Lan dituduh mengeluarkan AS$44 bilion dalam bentuk pinjaman kepada dirinya dan sekutunya antara 2012 hingga 2022, dan dokumen yang berkaitan dengan kes itu seberat 6 tan.

“Lebih daripada 3 peratus daripada KDNK adalah sangat besar,” kata Nguyen, sambil menambah bahawa ia juga menimbulkan persoalan sama ada bank dan perniagaan lain telah ‘melakukan perkara yang sama (dan) hanya belum ditemui’.

Media negara itu melaporkan, Lan dijangka membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Memetik The Thanh Nien, selain Lan 84 orang lagi sedang didakwa berkaitan, termasuk seorang bekas pegawai Bank Negara Vietnam yang dituduh menerima rasuah AS$5.2 juta.
Next Post Previous Post