Telang Usan, Mukah catat suhu panas tahap berjaga-jaga

KUCHING— Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di dua kawasan Sarawak.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, kawasan terlibat adalah Mukah dan Telang Usan, Baram.

“Suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Berdasarkan ramalan cuaca di laman sesawang MetMalaysia, cuaca panas di Telang Usan diramalkan berterusan hingga 18 April dengan suhu maksimum harian dijangka 34 darjah Celsius.

Katanya, manakala di Sabah pula melibatkan Tuaran serta Tenom manakala di Semenanjung Malaysia di Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu) termasuk Kelantan di Gua Musang.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.
Next Post Previous Post