Air paip atau kopi o?
MIRI— Penduduk di taman perumahan di sekitar Taman Tunku resah apabila air paip berubah warna menjadi coklat gelap.
Penduduk yang dikenali sebagai Meng dari Jalan Lambir 1 itu berkata, apa yang membimbangkan masalah ini sudah kerap berlaku.
“Walaupun menggunakan penapis air luar rumah, namun air paip yang keluar masih gelap seperti kopi.
“Malah setiap minggu saya melakukan pengepaman untuk membersihkan penapis air tersebut, namun air yang keluar masih hitam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Sementara itu beberapa jam kemudian, masalah itu bejaya diselesaikan sebaik sahaja pihak LAKU menghantar petugas untuk mengepam air dari paip besar berhampiran perumahan.
Borneo Network difahamkan, penduduk yang mengalami masalah air paip berubah warna berhubung terus dengan pihak LAKU.