Tiga lelaki ligat curi kereta di Samarahan dipenjara

KOTA SAMARAHAN-- Tiga lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan terlibat dalam kes curi kenderaan di mahkamah di sini hari ini.

Mereka, Boon Yean Shung, 33, Bob Azahary Hardi, 38, dan Voon Kian Chung, 42, mengaku bersalah di hadapan Hakim Shafiza Abdul Razak Tready.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 35(g) Kesalahan Kecil dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga tertuduh dikenakan penjara 36 bulan.

Manakala pertuduhan kedua pula, ketiga-tiga mereka dipenjara 24 bulan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, mereka dikenakan enam bulan penjara.

Berdasarkan kenyataan polis, ketiga-tiga tertuduh ditangkap pada 20 Februari lalu selepas cubaan mereka melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden digagalkan.

Ketiga-tiga mereka berusia dalam lingkungan 33 hingga 38 tahun diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong.

Turut dirampas semasa tangkapan itu, kenderaan Perodua Bezza milik suspek berserta pelbagai peralatan untuk membuka kenderaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Margerat Ena.
Next Post Previous Post