Syabu 528 kilogram bernilai RM19 juta disorok di Hutan Simpan Persekutuan, 4 ditangkap

PERLIS - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis merampas dadah jenis Syabu seberat 528 kilogram bernilai 19 juta serta menahan (4) suspek dalam satu serbuan di Kawasan Hutan Simpan Persekutuan, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin bin Md Din berkata, hasil pemeriksaan di tempat penyimpanan tersebut, pihak polis telah menjumpai (20) guni yang berjahit didalamnya terdapat (480) bungkusan plastik teh cina ‘Guang Ying Wang’ disyaki dadah jenis Syabu yang diletakkan di dalam troli besi ditutupi ranting kayu dan daun.



Tambah beliau lagi, kegiatan ini mula aktif sejak tahun 2023 dan dipercayai menggunakan lorong-lorong tikus di kawasan Hutan Simpanan Persekutuan di daerah Padang Besar sebagai modus operandi mereka.

Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, dengan menyita motokar, jengkaut, jam tangan dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM 515,545.00

Kesemua suspek ditahan reman selama (7) hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

JSJN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, sila salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-2087222

#JSJNPDRM
#DadahMusuhNegara
Next Post Previous Post