Penjawat awam guna kedudukan lantik syarikat milik keluarga ditahan SPRM

LABUAN— Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan telah menahan reman tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerana menggunakan kedudukan dan jawatan dengan melantik sebuah syarikat milik ahli keluarga membabitkan kerja pembekalan alatan sukan dianggarkan bernilai RM80,000.

Perintah reman selama lima (5) hari bermula hari ini sehingga 24 Januari 2024 terhadap ketiga-tiga suspek yang berusia sekitar 40-an telah dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohon dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek telah menggunakan kedudukan dan jawatan apabila melantik dua syarikat iaitu salah satunya milik isteri manakala salah satu lagi milik adik kandung salah seorang daripada mereka bagi kerja-kerja pembekalan alatan sukan dengan kontrak dianggarkan berjumlah RM80,000.

"Siasatan awal mendapati kontrak ini membabitkan kerja-kerja pembekalan alatan sukan untuk sekolah-sekolah di Labuan sekitar tahun 2018 hingga 2021.

"Ketiga-tiga suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 8 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Labuang dibagi direkodkan keterangan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Datu Robbyie Shym Datu Pindatun ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.