SK Long Lamei, sekolah Penan pertama di dunia

MIRI— Perkongsian gambar kelas 2033/2024 oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lamei, Baram yang menunjukkan bilangan murid hanya lima orang mengundang reaksi positif daripada netizen.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Tahun 1 dan Tahun 2 misalnya, bilangan murid hanya lima orang manakala Tahun 3 dan Tahun 6 masing-masing sembilan, Tahun 4 enam manakala Tahun 5 lapan murid.

Ramai netizen berpendapat, bilangan murid yang sedikit memberi kelebihan untuk murid kerana mendapat perhatian sepenuhnya daripada guru. 

“Bestnyer, tumpuan lebih Cikgu berikan, senang mengajar dan kontrol budak dan mereka ini akn jd ank murid yg terbaik nanti. Cemerlang

“Bestnyer student tidak ramai.., senang nak handle dan fokus.

“Mesti best pengalaman mengajar di sini. Dahlah tempatnya aman student pun tak ramai senang cikgu fokus.. Semoga semua anak-anak beroleh kejayaan.

“Lima orang aja murid kalau di Kota Samarahan 50 orang murid sakit kepala cikgu,” kata netizen.

Tidak dinafikan, sekolah kurang murid ini memberikan kelebihan kepada guru dan murid, namun dari sisi lain ia mempunyai cabaran tersendiri.

Sekolah ini terletak di Ulu Sungai Balong, kawasan paling terpencil di hulu Baram bersebelahan sempadan Kalimantan, Indonesia, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu dan Parlimen Miri.

Perjalanan ke SK Long Lamei dari Miri mengambil masa sehingga 12 jam, melalui jalan balak dan sungai. 

“Nampak mudahkan ..namun tidak semua orang sanggup dan mampu bertahan berada di pedalaman.. sikit tidak bererti tugas jadi mudah. Tugas lain perlu digalas bagi memenuhi tiap kehendak Kementeian Pendidikan Malaysia.

“Tanggungjawab KPM walaupun satu orang saja pelajar tetap ajar. Salute mereka yang kena hantar di pendalaman untuk modal insan di pedalaman,” kata netizen.

Pihak sekolah ketika dihubungi berkata, sekolah ini dikategorikan Sekolah Kurang Murid Gred A (SKMA) untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak Penan di sekitar penempatan Long Lamei.

“Sekolah ini mempunyai 77 murid termasuk pra sekolah dan 10 orang guru serta empat anggota pelaksana.

“Ia dibina pada 1959 dan merupakan sekolah rendah Penan yang pertama dibina di dunia,” katanya kepada Borneo Network.

Guru ini cemerlang dibawah pimpinan Guru Besar Joseph Frederick Angai, anak tempatan yang berasal dari Kuching dan sudah lama berbakti di daerah Baram.

Syabas Cikgu, semoga anak-anak didikan berjaya pada masa hadapan.
Next Post Previous Post