Nenek 80 tahun rugi RM10.4 juta ditipu pelaburan tak wujud.

KUALA LUMPUR— Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun kerugian RM10.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan matawang kripto menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mangsa seorang pesara mendakwa dimasukkan ke dalam kumpulan sembang sembang WhatsApp yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan matawang kripto dikenali sebagai ‘ Accerx.com’.

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki dalam kumpulan sembang itu yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto. 

“Suspek turut meminta mangsa membuat bayaran balik setelah pembelian kripto tersebut berjaya.

“Dia yang terpedaya kemudian melakukan 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza berjumlah keseluruhan RM10,455,288,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mangsa sedar ditipu selepas diminta membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan dan membuat laporan polis semalam.

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post