Permohonan petak jualan Bazar Ramadan DBKU dibuka 7 Februari ini

KUCHING -- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan tiga lokasi tapak jualan Bazar Ramadan tahun ini.

Menurut kenyataan media DBKU, lokasi terbabit ditempatkan di Satok (94 petak), Semarak (24 petak) dan Sukma Ria (116 petak) bagi menjual makanan, minuman dan panggang.

"Jumlah keseluruhan petak Bazar Ramadan di ketiga- tiga lokasi tersebut adalah sebanyak 234 petak,"menurut kenyataan itu.

Permohonan petak jualan terbabit boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan di laman sesawang DBKU dan akan mula dibuka pada 7 Februari 2024 dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

"Semua pemohon diingatkan untuk mengemukakan nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan,"kata kenyataan itu.

Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk membuat pembayaran dan hadir ke sesi taklimatserta cabutan nombor petak di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang pada 2 Mac 2024.

Gambar Kredit FB Bazaar Ramadhan Jalan Kuching
Next Post Previous Post