Harga simen, besi semakin meningkat

PUTRAJAYA— Indeks harga seunit simen mencatatkan peningkatan antara 2.8 peratus hingga 18.9 peratus bagi kesemua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Disember 2023 berbanding setahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan tertinggi bagi indeks harga seunit simen dicatatkan bagi Terengganu dan Kelantan (18.9 peratus), diikuti oleh Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (17.4 peratus).

Beliau berkata indeks harga seunit besi pula mencatatkan peningkatan antara 0.5 peratus hingga 4.6 peratus bagi Disember 2023 berbanding bulan yang sama tahun lalu.

“Namun begitu, terdapat penurunan indeks harga seunit besi dicatatkan di Selangor, W.P. Kuala Lumpur, Melaka & Negeri Sembilan (-2.4%), Tawau (-3.1%) dan Miri (-3.0%).

“Perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih mencatatkan tada perubahan dalam indeks harga seunit bagi bahan binaan utama seperti batu baur, pasir dan papan lapis bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan Indeks Kos Bahan Binaan Disember 2023 DOSM hari ini.

Mohd Uzir menambah, indeks harga seunit keratan keluli dan logam juga kekal tidak berubah bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Katanya, terdapat sedikit penurunan dalam indeks harga bahan in bagi kawasan Selangor, W.P Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (-0.1%), Kota Kinabalu (-0.2%) dan Miri (-2.0%). 

“Peningkatan kecil dalam indeks harga bahan ini di kawasan Perak dan Kuching laitu masing-masing 0.1 peratus.

“Perbandingan bulanan IKB (termasuk bar keluli) di Sarawak pada Disember 2023 menunjukkan peningkatan kecil dalam indeks iaitu 0.1 peratus bagi hampir sema kategori bangunan di Kuching. 

“Manakala indeks bagi hampir semua kategori bangunan di Miri mencatatkan penurunan indeks antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 0.7 peratus bagi sema kategori bangunan pada Disember 2023 berbanding bulan November 2023,” katanya.

Berdasarkan perspektif global, menurut laporan daripada South East Asia Iron and Steel Institute (SEAISI) pada Disember 2023 meramalkan bahawa harga keluti China mungkin akan meningkat pada tahun 2024.

 Ini disebabkan oleh jangkaan peningkatan permintaan pasaran domestik dan antarabangsa, ditambah dengan peningkatan kos yang berterusan berpunca daripada harga bahan input yang kekal tinggi.

Manakala menurut laporan Global Stee/ Outlook 2024 oleh Fitch Ratings, Disember 2023, tinjauan global bagi sektor keluli pada 2024 adalah neutral kerana pasaran keluli sebahagian besarya akan seimbang dan dalam keadaan yang lebih baik berbanding setahun lalu.

Laporan tersebut menjangkakan pertumbuhan satu digit yang rendah dalam permintaan di kebanyakan wilayah, kecuali di China, di mana pengeluaran dan penggunaan dijangka sedikit menurun. Laporan tersebut turut menjangkakan bahawa sektor pembuatan, industri automotif dan infrastruktur, terutamanya yang dikaitkan dengan peralihan tenaga, akan kekal sebagai pemacu permintaan utama, manakala sektor pembinaan akan terus terjejas akibat kadar faedah yang tinggi.
Next Post Previous Post