16 individu termasuk lima pencuri tersungkur pada Ambang Tahun Baharu

KUCHING-- Seramai 16 individu ditangkap semasa Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru 2024.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, operasi yang bermula 9 malam Ahad hingga 5 pagi Isnin lalu itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sekitar Bandaraya Kuching.

"Semasa operasi dijalankan di sekitar Bandaraya Kuching, seramai 483 individu dan 371 buah kenderaan telah diperiksa.

"Dalam operasi ini juga telah menangkap seramai 16 orang iaitu di lima tangkapan bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (2 kes curi kenderaan), tiga tangkapan di bawah Seksyen12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Memiliki Syabu) (3 kes) melibatkan rampasan tiga paket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis Syabu dengan anggaran berat 1.77 Gram.

"Selain itu, lapan tangkapan di bawag Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 (Urine) (8 kes). 

"Kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Merbin operasi itu melibatkan seramai 14 Pegawai Kanan dan 129 anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik , Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Bahagian Siasatan Jenayah Komersil serta semua Balai .

Katanya, tujuan operasi khas untuk Pencegahan Jenayah Ambang Tahun Baru di kawasan tumpuan orang ramai termasuk pusat hiburan, pusat komersil serta taman - taman perumahan di sekitar Bandaraya Kuching.

Manakala di lokasi berasingan di Jalan Laksamana Cheng Ho, Merbin memberitahu, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuching telah menjalankan Op Mabuk dan telah membuat pemeriksaan kenderaan sebanyak 92 buah kenderaan terdiri daripada 38 buah motosikal, 45 kereta, dan sembilan buah van.

Dalam operasi ini katanya polis menahan tiga elaki tempatan kerana positif ujian EBA (disyaki mabuk) disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

"Sebanyak 17 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi ini diadakan.

"Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah diadakan bagi mencegah kejadian jenayah dan mengekalkan keselamatan awam sempena ambang tahun baru 2024. 

"Jesteru , polis mengingatkan masyarakat dan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan tindakan dan perbuatan yang menggangu gugat ketenteraman awam," ujarnya.

Tambah Merbin sekiranya terdapat sebarang maklumat kejadian jenayah, dadah dan trafik boleh disalurkan ke Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau di balai Polis berhampiran.
Next Post Previous Post