Bezza dibeli tak sampai lapan jam rosak, enjin rosak ada gula

KUALA LUMPUR— Seorang pembeli kereta Perodua Bezza, Nagakanni Subramanian meluahkan kekecewaan selepas kereta yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak selepas lapan jam digunakan.

Menurut wanita itu, dia meminta Perodua menggantikan kereta Bezza itu dengan kereta baharu, namun dimaklumkan tidak dapat dengan alasan, kerosakan enjin kereta itu berpunca daripada benda asing dalam kereta seperti gula.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan Nagakanni di Facebook, keretanya baru berjalan sekitar 46km.

“Beli Perodua Bezza 1.3 X, bayar bulan-bulan, tapi tak boleh guna kereta. Ini kisah saya tentang kereta Perodua Bezza yang saya beli. Beli 8 jam, terus rosak. 

“Dah lebih dua bulan, masih takde jawapan dan tak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak.

“Mohon rakan-rakan untuk share kisah ni supaya hak saya terbela,” katanya dalam hantaran itu.

Nagakanni menulis, ini kronologinya:


17 Oktober 2023:
Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada pukul 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya start enjin, kereta dah tak hidup.

18 Oktober 2023:
Kereta saya di-tow ke Pusat Servis Perodua Segamat. Pomen di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.

18 Oktober 2023 (hari yang sama):
Saya telah request Perodua untuk ganti kereta baru. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

9 November 2023:
En Sufian Customer Sales Executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua. 
Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

15 November 2023:
En Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru. 
Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu.

4 Disember 2023:
Salesperson dari Pusat Jualan Harapan Terang minta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan tu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

8 Disember 2023:
Customer Service beritahu bahawa Final proposal belum dipersetujui, dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.

Hantaran asal di Facebook 


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.