Penunggang motosikal maut dilanggar pikap

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan

MIRI— Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang dilanggar pikap dalam kemalangan di Jambatan Bekenu, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku jam 5.30 petang melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan motosikal Yamaha.

Alexson berkata, penunggang motosikal berusia 49 tahun cedera parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Bekenu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 41 telah melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menasihatkan kepada para pengguna jalan raya supaya lebih berhati
hati dan mengambil langkah-langkah pemanduan berhemah semasa berada di jalan
raya,” katanya.
Next Post Previous Post