Projek sakit Jalan Sungai Passin - Matu disambung semula

MATU—Projek pembinaan Jalan Sungai Passin ke Matu yang terbengkalai sejak lebih setahun akan disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad (gambar) berkata, projek itu telah ditender semula setelah lebih setahun terbengkalai.

“Sama-samalah kita doakan agar setiap proses pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa lalu.

Jaringan jalan raya sepanjang 17.6 kilometer (KM) itu dibina dari Sungai Passin ke Kampung Jemoreng menelan belanja kira-kira RM65 juta dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Untuk rekod, projek ini telah diserah tapak pada awal bulan Mac 2020 dan sepatutnya siap pada 2022, namun tergendala berikutan perlaksanaan PKP.

Projek ini amat dinanti-nantikan penduduk kawasan sekitar itu yang sudah sekian lama mengharapkan kemudahan jalan raya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.