Meringkuk 8 tahun penjara,10 sebatan miliki dadah


LIMBANG -- Seorang lelaki meringkuk dalam penjara selama 8 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Majistret Limbang pada Isnin atas kesalahan memiliki 37.90 gram dadah berbahaya jenis Methamphetamine, tahun lepas.

Hakim Hakim Mahkamah Sesyen Shafiza Abdul Razak Tready menjatuhkab hukuman itu kepada Abdul Rahman Rashid, 36, selepas didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan kesalahan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya di sebuah rumah bertingkat Kampung Bunga Raya, pada 7 Oktober 2022 jam 12.30 pagi.

 Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

 Bagi kesalahan tersebut hakim Mahkamah Limbang telah menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan 10 sebatan dan memerintahkan hukuman dari tarikh ditangkap pada 7 Oktober 2022.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chrissie Ngiron anak Mijun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hukuman yang dikenakan keatas tertuduh setimpal kerana ia membabitkan kepentingan awam yang lebih tinggi daripada kepentingan individu tertuduh iaitu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang najis dadah.
Next Post Previous Post